Geografi

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya bersempadan dengan Pahang, manakala di bahagian utara dan barat lautnya pula bersempadan dengan Kelantan.

Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut Dan Setiu setelah itu daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam sahaja iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu Dan Besut.

1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di negeri Terengganu, setiap daerah di tadbir oleh Pegawai Daerah.

Daripada jumlah ini 90 peratus adalah orang Melayu dan bakinya terdiri daripada orang Cina dan India.

Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu, kegiatan utama ekonomi ialah perikanan, pelancongan, manakala hasil petroleum menguatkan lagi ekonomi negeri.

Kembali ke menu >> Sejarah Terengganu