06 Jun 2010

Pulau Kapas : Terpencil Tetapi Terkenal

06 Jun 2010

Pulau Kapas merupakan salah sebuah pulau yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Terletak kira-kira 6km dari Pantai Marang, pulau ini jauh dari kesibukan sesuai untuk percutian yang memerlukan ketenangan dan beristirehat.

No info available Pulau Kapas yang dipenuhi dengan pasir putih dan air laut yang jernih adalah destinasi pelancongan yang menarik bagi mereka yang mencintai keindahan alam semulajadi.

Tidak ketinggalan bagi peminat hidupan laut, Pulau Kapas adalah tempat yang boleh diterokai dasar lautnya dengan melakukan aktiviti seperti scuba dan sebagainya. Pelbagai jenis batu karang lembut dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi penyelam skuba dan perenang

Meskipun terpencil, Pulau Kapas tetap menjadi tumpuan para pelancongan luar dan dalam negara. Terdapat kemudahan penginapan di Pulau Kapas, di mana resort mahupun chalet menawarkan kemudahan penginapan yang selesa kepada pengunjung yang bertamu di sini.

Selain itu pelbagai aktiviti boleh dilakukan bagi memenuhi masa lapang antaranya bermain bola tampar, berenang, berkayak dan sebagainya.

Senarai Penginapan di Pulau Kapas.

  • Duta Puri Island Resort
  • Gem Wellness Spa & Island Resort
  • Kapas Island Resort
  • Kapas Turtle Valley Beach Resort
  • The Light House
  • Kapas Coral Beach
  • Makcik Gemuk Resort
  • Qimi Chalet
  • Kapas Beach Chalet

PENGAKUTAN

Perjalanan bot dari Marang ke Pulau Kapas memakan masa tidak lebih dari 30 minit.

Untuk menempah pakej percutian : – Klik Di Sini

FOTO

IMG_0168IMG_0188 IMG_0325IMG_0418 IMG_0441 IMG_2258 IMG_2261 IMG_0455 Penulis menaiki bot untuk pulang setelah berada di sana selama 3 hari 2 malam.


0 comments:

Catat Ulasan