30 April 2010

Karnival Candat Santai Harian Metro 2010

30 April 2010
Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 yang akan diadakan di daerah Dungun yang berlangsung 30 April dan 1 Mei ini menjanjikan sesuatu yang berlainan, jika sebelum ini kita biasa mendengar pertandingan memancing namun bagaimana dengan pertandingan menjala?

Satu pertandingan menjala akan diadakan pada Sabtu ini bertempat di Pantai Teluk Hujung Tanjung, Kuala Dungun.

Pada mereka yang ingin beradu kemahiran menjala, bolehlah mencubanya dan jangan lupa untuk sama - sama kita memeriahkan cuti Hari Buruh tahun ini dengan gelagat 'pakar' menjala di sana.

PENDAFTARAN
Tempat : Medan Ikan Bakar (bersebelahan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia - LKIM).
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang.
Tarikh : 30 April 2010
Yuran : RM10.00 setiap satu bidang jala.
* penyertaan adalah dihadkan kepada 50 peserta sahaja mengikut kaedah siapa dahulu akan didahulukan.

PERTANDINGAN
Tempat : Pantai Teluk Hujung Tanjung (berhampiran Medan Ikan Bakar.
Masa : 7.00 pagi - 9.00 pagi
Tarikh : 1 April 2010
* johan adalah berdasarkan ikan yang paling besar dapat dijala.

Petikan akhbar

KUALA TERENGGANU: Pemilihan Dungun sebagai lokasi Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 bakal memberi limpahan rezeki kepada penduduk setempat selain mempopularkan daerah itu sesuai dengan jolokannya sebagai Bandar Eko-Pelancongan Alaf Baru.
“MPD melihat penganjuran karnival ini memberi impak positif kepada pelbagai lapisan masyarakat di Dungun kerana ia membabitkan semua pihak apabila Harian Metro bakal membawa pembacanya menikmati keindahan daerah ini, sekali gus menjana ekonomi setempat.

“Sejak dinaiktaraf sebagai perbandaran, Dungun kian dikenali ramai dengan pelbagai destinasi pelancongan menarik selain memiliki pesisir pantai terpanjang di Terengganu.

“Jadi dengan aset yang ada, ia mampu memberi pulangan lumayan kepada pihak terbabit, sama ada pelancong mahupun penduduk tempatan,” katanya.

Menurutnya, dengan prasarana yang ada, MPD yakin kedatangan peserta Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 bakal menjadi ‘buah mulut’ di kalangan pelancong kerana aktiviti mencandat sotong hanya dapat diikuti di Pantai Timur, terutama Terengganu, dan bukan semua orang mampu merasai pengalaman menarik ini.
Justeru, beliau berharap kerjasama julung kali yang turut membabitkan Kerajaan Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tourism Malaysia dan Pejabat Daerah Dungun akan menjadi penanda aras kepada aktiviti pelancongan di daerah itu, sekali gus mempopularkannya ke arena antarabangsa.

Sementara itu, Pegawai Daerah Dungun, Mustofa Abd Rahman, berkata pihaknya menyambut baik usaha penganjuran karnival berkenaan.

“Aktiviti candat sotong sangat bagus kerana dapat menghimpunkan peminat aktiviti pancing, sekali gus memberi peluang merasai pengalaman mencandat sotong.

“Pemilihan Dungun juga sangat berbaloi kerana kawasan ini mempunyai banyak destinasi pelancongan untuk menjalankan pelbagai aktiviti,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KarnivalCandatberirezekipenduduk/myMA/myArticle/

0 comments:

Catat Ulasan