06 Jun 2010

Pulau Kapas : Terpencil Tetapi Terkenal

06 Jun 2010

Pulau Kapas merupakan salah sebuah pulau yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Terletak kira-kira 6km dari Pantai Marang, pulau ini jauh dari kesibukan sesuai untuk percutian yang memerlukan ketenangan dan beristirehat.

No info available Pulau Kapas yang dipenuhi dengan pasir putih dan air laut yang jernih adalah destinasi pelancongan yang menarik bagi mereka yang mencintai keindahan alam semulajadi.

Tidak ketinggalan bagi peminat hidupan laut, Pulau Kapas adalah tempat yang boleh diterokai dasar lautnya dengan melakukan aktiviti seperti scuba dan sebagainya. Pelbagai jenis batu karang lembut dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi penyelam skuba dan perenang

Meskipun terpencil, Pulau Kapas tetap menjadi tumpuan para pelancongan luar dan dalam negara. Terdapat kemudahan penginapan di Pulau Kapas, di mana resort mahupun chalet menawarkan kemudahan penginapan yang selesa kepada pengunjung yang bertamu di sini.

Selain itu pelbagai aktiviti boleh dilakukan bagi memenuhi masa lapang antaranya bermain bola tampar, berenang, berkayak dan sebagainya.

Senarai Penginapan di Pulau Kapas.

  • Duta Puri Island Resort
  • Gem Wellness Spa & Island Resort
  • Kapas Island Resort
  • Kapas Turtle Valley Beach Resort
  • The Light House
  • Kapas Coral Beach
  • Makcik Gemuk Resort
  • Qimi Chalet
  • Kapas Beach Chalet

PENGAKUTAN

Perjalanan bot dari Marang ke Pulau Kapas memakan masa tidak lebih dari 30 minit.

Untuk menempah pakej percutian : – Klik Di Sini

FOTO

IMG_0168IMG_0188 IMG_0325IMG_0418 IMG_0441 IMG_2258 IMG_2261 IMG_0455 Penulis menaiki bot untuk pulang setelah berada di sana selama 3 hari 2 malam.


0 comments

30 April 2010

Karnival Candat Santai Harian Metro 2010

30 April 2010
Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 yang akan diadakan di daerah Dungun yang berlangsung 30 April dan 1 Mei ini menjanjikan sesuatu yang berlainan, jika sebelum ini kita biasa mendengar pertandingan memancing namun bagaimana dengan pertandingan menjala?

Satu pertandingan menjala akan diadakan pada Sabtu ini bertempat di Pantai Teluk Hujung Tanjung, Kuala Dungun.

Pada mereka yang ingin beradu kemahiran menjala, bolehlah mencubanya dan jangan lupa untuk sama - sama kita memeriahkan cuti Hari Buruh tahun ini dengan gelagat 'pakar' menjala di sana.

PENDAFTARAN
Tempat : Medan Ikan Bakar (bersebelahan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia - LKIM).
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang.
Tarikh : 30 April 2010
Yuran : RM10.00 setiap satu bidang jala.
* penyertaan adalah dihadkan kepada 50 peserta sahaja mengikut kaedah siapa dahulu akan didahulukan.

PERTANDINGAN
Tempat : Pantai Teluk Hujung Tanjung (berhampiran Medan Ikan Bakar.
Masa : 7.00 pagi - 9.00 pagi
Tarikh : 1 April 2010
* johan adalah berdasarkan ikan yang paling besar dapat dijala.

Petikan akhbar

KUALA TERENGGANU: Pemilihan Dungun sebagai lokasi Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 bakal memberi limpahan rezeki kepada penduduk setempat selain mempopularkan daerah itu sesuai dengan jolokannya sebagai Bandar Eko-Pelancongan Alaf Baru.
“MPD melihat penganjuran karnival ini memberi impak positif kepada pelbagai lapisan masyarakat di Dungun kerana ia membabitkan semua pihak apabila Harian Metro bakal membawa pembacanya menikmati keindahan daerah ini, sekali gus menjana ekonomi setempat.

“Sejak dinaiktaraf sebagai perbandaran, Dungun kian dikenali ramai dengan pelbagai destinasi pelancongan menarik selain memiliki pesisir pantai terpanjang di Terengganu.

“Jadi dengan aset yang ada, ia mampu memberi pulangan lumayan kepada pihak terbabit, sama ada pelancong mahupun penduduk tempatan,” katanya.

Menurutnya, dengan prasarana yang ada, MPD yakin kedatangan peserta Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 bakal menjadi ‘buah mulut’ di kalangan pelancong kerana aktiviti mencandat sotong hanya dapat diikuti di Pantai Timur, terutama Terengganu, dan bukan semua orang mampu merasai pengalaman menarik ini.
Justeru, beliau berharap kerjasama julung kali yang turut membabitkan Kerajaan Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tourism Malaysia dan Pejabat Daerah Dungun akan menjadi penanda aras kepada aktiviti pelancongan di daerah itu, sekali gus mempopularkannya ke arena antarabangsa.

Sementara itu, Pegawai Daerah Dungun, Mustofa Abd Rahman, berkata pihaknya menyambut baik usaha penganjuran karnival berkenaan.

“Aktiviti candat sotong sangat bagus kerana dapat menghimpunkan peminat aktiviti pancing, sekali gus memberi peluang merasai pengalaman mencandat sotong.

“Pemilihan Dungun juga sangat berbaloi kerana kawasan ini mempunyai banyak destinasi pelancongan untuk menjalankan pelbagai aktiviti,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KarnivalCandatberirezekipenduduk/myMA/myArticle/

0 comments

28 April 2010

Nama dan Alamat Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu

28 April 2010
YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Kuala Terengganu,
Jalan Kamajuan, Bukit Kecil,
20648 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Tel : 09 - 623 4444 / 622 4444 / 624 3103 / 624 3104
No. Faks : 09 - 721 0331

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Kota,
Jalan Kota,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Tel : 09- 624 3105
No. Faks : 09 - 631 2732

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Marang,
21600 Marang, Terengganu
No. Tel : 09- 618 3444
No. Faks : 09 - 618 5108

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Kuala Berang,
21700 Kuala Berang, Terengganu
No. Tel : 09- 681 1444
No. Faks : 09 - 681 1161

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Kerteh,
24390 Kerteh, Terengganu
No. Tel : 09- 826 1444
No. Faks : 09 - 826 3799

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Chukai,
Jalan Kubang Kurus,
24000 Kemaman, Terengganu
No. Tel : 09- 859 8744
No. Faks : 09 - 858 1559

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS),
24309 Dungun, Terengganu
No. Tel : 09- 822 1848
No. Faks : 09 - 822 1966

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Besut,
22200 Kampung Raja, Besut, Terengganu
No. Tel : 09- 695 6444
No. Faks : 09 - 695 7024

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Setiu,
22100 Permaisuri, Setiu, Terengganu
No. Tel : 09- 609 0444
No. Faks : 09 - 609 0194

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Kememan,
Jalan Abdul Rahman (JAR),
24000 Kemaman, Terengganu
No. Tel : 09- 859 4444
No. Faks : 09 - 858 2157

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Dungun,
Jalan Sungai Penaga,
23000 Dungun, Terengganu
No. Tel : 09- 848 4444
No. Faks : 09 - 845 3420

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Paka,
Jalan Santong,
23100 Dungun, Terengganu
No. Tel : 09- 827 4444
No. Faks : 09 - 827 7984

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Cheneh,
24000 Kemaman, Terengganu
No. Tel : 09- 873 0444
No. Faks : 09 - 873 3477

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Wakaf Tapai,
21040 Marang, Terengganu
No. Tel : 09- 680 3544
No. Faks : 09 - 680 3159

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat, Jertih,
Jalan Kubang Siam,
22000 Jertih, Terengganu
No. Tel : 09- 690 4444
No. Faks : 09 - 690 3693

0 comments

Senarai Alamat dan Telefon Hospital

Senarai Alamat & No Telefon Hospital Kerajaan

Hospital Besut
Jertih
22000 Besut
Terengganu
Tel: 09-6971130/6971200
Fax: 09-6972762

Hospital Dungun
23000 Dungun
Terengganu
Tel: 09-8443333
Fax: 09-8444160

Hospital Hulu Terengganu
Batu 23, Jalan Kuala Berang
Hulu Terengganu
21700 Kuala Berang
Terengganu

Hospital Kemaman
Jalan Hospital
24000 Kemaman
Terengganu
Tel: 09-8593333/85931525
Fax: 09-8595512

Hospital Setiu
22100 Bandar Permaisuri
Terengganu
Tel: 09-6090333
Fax: 09-6090377

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-6212121
Fax: 09-6221820

Senarai Alamat & No Telefon Klinik Pergigian Kerajaan

Klinik Pergigian Jertih
Klinik Pergigian Hospital Besut,
Jerteh,
22000 Besut.
Terengganu
Tel: 09-6973781
Fax: 09-6973781

Klinik Pergigian Air Jernih,
Jalan Air Jernih,
20300 Kuala Terengganu.
Terengganu
Tel: 09-6221046
Fax: 09-6221046

Klinik Pergigian Air Puteh,
24000 Kemaman
Terengganu
Tel: 09-8596209 Klinik Pergigian Ajil

Klinik Pergigian Ajil,
21800 Hulu Terengganu.
Terengganu
Tel: 09-6862864

Klinik Pergigian Al Muktafi Bilal Shah
Klinik AMBS,
Klinik Kesihatan AMBS,
23200 Dungun.
Terengganu
Tel: 09-8222791

Klinik Pergigian Batu Rakit,
Klinik Kesihatan Batu Tunggal,
21020 Kuala Terengganu.
Terengganu
Tel: 09-6697128

Klinik Pergigian Bukit Besi,
d/a Klinik Kesihatan Bukit Besi,
23200 Dungun.
Terengganu
Tel: 09-8337236

Klinik Pergigian Bukit Payung,
21040 Marang.
Terengganu
Tel: 09-6197232

Klinik Pergigian Bukit Tunggal,
d/a Klinik Kesihatan Bukit Tunggal,
21200 Kuala Terengganu.
Terengganu
Tel: 09-6663951

Klinik Pergigian Cheneh,
24000 Kemaman
Terengganu
Tel: 09-8733059

Klinik Pergigian Dungun,
Hospital Dungun,
23000 Dungun.
Terengganu
Tel: 09-8481490
Fax: 09-8481490

0 comments

Senarai Alamat dan Telefon PDRM

Ibu Pejabat Kontinjen

Ibu Pejebat Polis Kontinjen Terengganu
Polis Diraja Malaysia
20918 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Telefon :  09-6354722
Faks :  09-6226941

0 comments

08 April 2010

ICT & Multimedia Fair Terengganu 2010

08 April 2010
 
PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC)

Kerajaan Negeri Terengganu bekerjasama dengan syarikat Image Promote Sdn.Bhd buat julung kalinya bagi mengadakan ICT & Multimedia Fair Terengganu 2010. Bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 1 sehingga 4 April 2010 baru baru ini, kemudiannya akan diikuti dengan PICOM PC FAIR selama 4 hari pada 5 hingga 8 April.

Tinjauan kami di TTC pada baru - baru ianya mendapat sambutan setiap lapisan masyarakat tidak mengira usia, kanak-kanak, pelajar sekolah, remaja dan juga dewasa.

P4040124TAK LEPAS PELUANG…Seorang pengunjung warga emas ini mendengar penjelasan berkenaan teknologi terkini.

0 comments

04 April 2010

“Chiko dan Courtney” Tarikan Baru Di Mini Zoo Kemaman

04 April 2010
 
TAMAN REKREASI DAN MINI ZOO KEMAMAN



Chiko berusia dua tahun dan harimau betina yang dinamakan Courtney, tujuh tahun, masing-masing seberat lebih 70 kilogram dan 100 kilogram, yang dijangka akan menjadi daya tarikan baru pengunjung untuk ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman, Bukit Takar..

Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni tersebut merupakan sumbangan daripada Zoo Melaka.